Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Rabu, 1 September 2010

Kesedaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kurang dua minggu sahaja lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi, pastinya ramai yang sedang giat membeli-belah untuk persiapan raya nanti. Ha, dalam pada anda sibuk membeli-belah itu, janganlah lupa pada majalah komik kegemaran anda ini, ya. Sesuai dengan judulnya, "Kesedaran", Oka #16 akan menemani hari raya anda!


Oka dan kawan-kawannya sudah menjumpai 'ikan yang berbunyi dong, dong, dong'! Apakah sebenarnya benda itu? Bolehkah ia berurusan dengan arnab merah jambu yang licik dan pandai memanipulasikan orang itu? Adakah kawan-kawan San berjaya menyelamatkannya dari kedai pajak gadai memori itu?


Ani-mic

Anda minat menonton filem animasi 3D dan fantasi? Apa kata anda menonton filem yang diadaptasi daripada siri novel fantasi Guardians of Ga' Hoole oleh Kathryn Lasky ini. Cerita apa? Bacalah dalam Oka!



Cita-citaku

Anda suka berceloteh dan teringin hendak menjadi penyampai radio? Apa kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang penyampai radio? Ikuti temu bual Oka bersama Faizal Ismail yang memenangi Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular Berita Harian sehingga tiga kali berturut-turut.

Selain itu, rebutlah peluang memenangi hadiah barangan Oka dengan menyertai peraduan Jom Main dan Stroke Oka!

Juga miliki poster mini daripada Gayour, salah seorang pemenang IPCC 2009 dengan komiknya, 'Log Book - Heroic Trio Record'.

Dan jangan lupa berkunjung ke KLCC pada 11 September nanti untuk bertemu dengan pelukis Oka, Aliow dan Totoro ya!

Tiada ulasan: