Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Rabu, 25 Ogos 2010

Reading Embraces The World

Pesta buku yang menghimpunkan penerbit-penerbit buku dari negara China, Hong Kong, Taiwan, United Kingdom, Singapura dan Malaysia anjuran kedai buku, Popular, kembali lagi! Kali ini, Oka dan Gemilang Publishing serta Bookstation juga tidak ketinggalan untuk menyertai pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini.



Tarikh: 4 hingga 12 September 2010

Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat: KLCC (Dewan 1, 2, 3, 4 & 5)




Mengapa Dewan 4 di'highlight'? Kerana gerai kami terletak di sana! Jadi, bagi yang ingin mendapatkan komik-komik dan buku-buku kami, anda bolehlah berkunjung ke Dewan 4. Pelukis-pelukis komik kami seperti Aliow dan Totoro (Oka), Clay (Kachigo) dan James Lu (Kelas Durian D) akan turut berada di sana.

Slot pentas untuk Oka dan Kachigo akan diadakan pada 11 September. Jadi, kepada mereka yang beraya di KL ataupun yang berada di KL kerana tuntutan tugas ataupun yang tidak ada tiket untuk pulang ke kampung, mari sertai kami di sana!

Tiada ulasan: