Humor, aksi, fantasi

Foto Saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Selasa, 10 Januari 2012

Penamat Siri "Finding My Love"

Kawan-kawan sudah baca komik "Finding My Love #1"



dan "Finding My Love #2"?




Ketahui penamat kisah cinta Foam dalam

"Finding My Love #3".



Akan terbit tidak lama lagi (^___^)

Jumaat, 2 Disember 2011

Karnival MPH 2011



Tarikh: 8-12 Disember 2011
Tempat: Mid Valley Exhibition Centre
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam


Temui kami di gerai bernombor 1027 :)

Khamis, 24 November 2011

The Forbidden Gates @ Cinta Nirwana

Tae dan Fahsai ialah pewaris yang memiliki kuasa untuk membuka dan menutup pintu ke dunia nirwana. Pengembaraan untuk memperbaiki dan menyiasat asal usul kuasa ini telah menjadi titik permulaan kepada kesan tindakan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu.




Mari menerokai penamat kepada kisah cinta dan pengembaraan di dunia nirwana. Apakah kesudahan kepada Tae dan Fahsai, pewaris yang berkuasa membuka pintu ke dunia nirwana?

Jumaat, 21 Oktober 2011

Festival Buku Kanak-kanak 2011




Tarikh:

27 Oktober - 2 November


Waktu:

9.00 pagi - 6.00 petang



Tempat:

Perpustakaan Kuala Lumpur



Gerai:

No. 29



Jangan ketinggalan mendapatkan komik-komik dan novel-novel menarik di gerai kami!

Khamis, 29 September 2011

Moon Sanctuary



Athemis, Dewi Bulan dihalau dari syurga ke bumi walaupun dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Kuasa magisnya juga dikurangkan sehingga separuh. Ini menyebabkan badannya berubah menjadi badan kanak-kanak. Namun begitu, Athemis tetap berusaha menghapuskan syaitan agar dimaafkan dan dapat kembali ke dunia dewa dewi pada suatu hari nanti...

Isnin, 26 September 2011

Hi-Tech Servant

Pada suatu pagi, Yo terkejut dari tidurnya yang nyenyak oleh jeritan atuknya. Yo bertambah terkejut apabila dia ternampak hasil ciptaan terbaru atuknya yang teramat canggih sedang berdiri di depan matanya. Ia merupakan robot pembantu rumah yang sangat comel bernama Keow. Mulai saat itu, pelbagai kisah haru-biru bersama pembantu rumah ini telah berlaku.




Pada suatu malam, atuk telah menceritakan kepada Keow tentang kumpulan penjenayah yang pernah atuk sertai. Keesokan harinya, Keow telah terjumpa surat yang atuk tinggalkan dan dia mendapati atuk telah lari dari rumah. Dapatkah Keow, Yo dan Mii menguruskan penjenayah yang memburu atuk dan dapatkah mereka bertemu dengan atuk semula?


Dapatkannya di pasaran sekarang!

Jumaat, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia



Apabila negara diancam musuh, mampukah kita bangkit melawan seperti Julia?

Dan apabila kemewahan mengaburi, adakah kita akan tunduk dan menggadaikan maruah negara?

Selamat Hari Malaysia!