Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Rabu, 8 September 2010

Raya Bersama Oka

Memandangkan lusa sudah raya, jadi pastinya ramai yang sudah pulang ke kampung. Pasti ada yang mengambil peluang ini untuk bercuti panjang. Amboi, beraya sakan ya!




Kami di sidang redaksi Oka juga mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Berhati-hati ketika pulang ke kampung. Jangan main mercun dan jangan makan banyak sangat tau.

Kali ini, Oka akan menyambut hari raya bersama pembaca Oka di KLCC pada 11 September ini sempena Pesta Buku Popular yang masih lagi berlangsung sehingga 12 September nanti. Jadi, kepada kawan-kawan yang beraya di Kuala Lumpur ataupun di tempat yang berhampiran, kita jumpa di sana ya!

Tiada ulasan: