Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Isnin, 2 Ogos 2010

Terperangkap di Dunia Gelap

San terperangkap di dalam kedai pajak gadai memori! Adakah dia berjaya melepaskan diri? Kenapa pemilik kedai pajak gadai memori sangat gembira apabila San hendak menggadaikan gelangnya bagi menebus balik memori Blackie? Siapakah San yang sebenarnya? Ketahuinya dalam Oka #15 ini.





Untuk isu kali ini juga, Ani-Mic akan memperkenalkan manga dari negara Thai iaitu The Trainee Cupid untuk tatapan anda. Ha, kalau anda hendak tahu apa yang menarik tentang manga ini, cepat-cepat dapatkan majalah Oka sekarang!




Wah, nampaknya Stroke sudah mempunyai pemenang! Lukisan siapa yang terpilih kali ini, ya? Adakah lukisan anda? Ataupun lukisan kawan-kawan anda? Mari kita lihat siapa yang kena!

Kepada anda yang suka melukis lebih-lebih lagi karikatur, Cita-citaku akan mengupas mengenai kerjaya seorang pelukis karikatur. Ikuti temu bual kami bersama Katon Aqhari.




Dan tidak lupa juga poster mini daripada Kenny Chua, pemenang Malaysia Best Comic Award pada tahun 2001 dan Best Comic Award dalam Oriental Animation Comic Competition (OACC). Ha, kalau anda mahu melukis poster mini seperti Kenny Chua, segeralah hantar karya anda kepada kami!

Tiada ulasan: