Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Isnin, 9 Ogos 2010

Ramadan Datang Lagi

Kurang dua hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. Jadi, kami di sidang redaksi Oka ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca Oka yang beragama Islam. Jangan ponteng-ponteng puasa tau!

Dan jangan lupa mendapatkan isu ke-15 Oka, Terperangkap di Dunia Gelap bulan ini. Kepada pemenang Stroke untuk isu ini, nantikan abang posmen di hadapan pintu rumah anda kerana hadiah anda sudah pun kami pos :)

Tiada ulasan: