Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Jumaat, 30 Julai 2010

Unpredictable Love

Adakah anda gemarkan komik bergenre cinta? Persahabatan? Impian? Ataupun pasal band? Ha, manga Thai, Unpredictable Love daripada Itto Chan ada kesemua tema itu.



Cerita ini mengisahkan tentang Tawarn, gadis kecil molek yang bekerja sebagai tukang kemas bilik bagi menggantikan mak ciknya yang sakit. Hari pertama bekerja sahaja, dia sudah berhadapan dengan pengalaman yang kurang manis yang mana dia bertemu dengan satu pasangan yang sedang berpacaran di dalam bilik.






Namun begitu, salam perkenalan yang dihulurkan oleh tuan bilik itu yakni Die disambut juga. Rupa-rupanya Die adalah pemain gitar kedua kumpulan Wild Life. Suatu hari, ketika dia sedang mengemas bilik Die, dia menjumpai nota dan sekeping tiket konsert Wild Life yang ditinggalkan oleh Die untuknya.

Setelah berkira-kira, akhirnya Tawarn membuat keputusan untuk menonton konsert itu. Memandangkan kawan-kawannya tidak dapat menemaninya, Tawarn ke konsert itu sendirian. Ketika sedang menonton konsert, Tawarn diganggu oleh seorang lelaki yang dipercayai cuba membuat kacau bagi mensabotaj konsert Wild Life.

Siapakah lelaki itu? Apakah hubungannya dengan Wild Life? Mengapakah lelaki itu begitu membenci Die? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca komik setebal 264 muka surat ini. Anda boleh membeli komik ini secara online di kedai buku online kami iaitu Bookstation.


Oh, ya! Jangan lupa janji temu dengan Aliow di Danga City Mall, Johor Bahru esok!

Tiada ulasan: