Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Jumaat, 23 Julai 2010

Aliow dan Oka di Johor

Seperti yang telah diuar-uarkan dalam entri sebelum ini, Oka akan berada di Danga City Mall, Johor Bahru, Johor pada 29 Julai hingga 3 Ogos ini sempena Pesta Buku Negeri Johor 2010. Kartunis Oka, Aliow akan turut berada di sana bagi sesi bertemu pembaca Oka pada 31 Julai yakni pada hari Sabtu.




12.00 tengah hari - 2.00 petang
Sesi autograf

2.00 petang - 4.00 petang
Aktiviti di atas pentas

4.00 petang - 6.00 petang
Sesi autograf





Jadi, kepada anda yang mahu berjumpa dan mendapatkan autograf daripada Aliow ataupun barangan Oka seperti keychain dan T-shirt, jangan lupa datang ke gerai kami yang bernombor 63 dan 65. Kita jumpa di sana ya!

Tiada ulasan: