Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Khamis, 13 Mei 2010

Makam Dasar Laut

Apakah sebenarnya tempat yang bergelar Makam Dasar Laut? Macam mana rupanya? Boleh ke Oka dan kawan-kawannya dapatkan kembali Mata Kesejahteraan yang hilang tu? Dan siapakah Ahli Sihir Utara yang sebenarnya? Kalau nak tau, kenalah baca Oka #12!





Selain komik Oka, lapan muka surat tambahan yang akan menebalkan isu ke-12 ni ialah Doraemon, siri animasi yang digarap oleh Fujiko F. Fujio sejak tahun 1970 menerusi kolum Ani-Mic.

Di Sebalik Tabir pulak akan menceritakan macam mana Aliow dan Totoro dapat ilham untuk jalan cerita kali ni.

Kalau korang nak dapat T shirt dan keychain Oka percuma, ketahui cara-caranya dalam kolum Stroke!

Pastu, sempena Hari Guru pada 16 Mei ni, Oka berkongsi pengalaman dengan Cikgu Zam tentang kerjaya seorang guru. Kita tanya Cikgu Zam betul ke jadi cikgu tu senang. Banyak cuti pulak tu. Cikgu Zam akan jawab dalam kolum Cita-citaku.

Tak lupa jugak poster mini daripada kartunis Oga yang dulunya pernah menjadi pelukis komik sambilan untuk Gempak dan Utopia tapi sekarang dah jadi pelukis komik 'Little Monitor'.

Walaupun dah bertambah muka surat tapi harga tetap RM2! :)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap2 majalah oka teliti memilih manga/anime yang dijadikan bahan ani-mic. baru-baru ini, industri animanga Jepun tertumpu pada golongan dewasa kerana bilangan kanak2 dan remaja berkurangan di Jepun. pastikan animanga yang dipaparkan benar2 elok utk tatapan kanak-kanak.

kalau perlu ada baiknya beri laluan kepada kartun barat juga, selagi nama ani-mic tidak mengehadkannya kepada anime jepun sahaja.

Oka berkata...

Terima kasih atas teguran dan cadangan itu. Kitorang akan jadikannya sebagai panduan kelak.

Tanpa Nama berkata...

adakah ruang untuk kartunis amatur macam saya untuk majalah ini.saya melukis tapi tak pernah hantar mana2 publication.