Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Isnin, 20 Julai 2009

Korang Nak Tahu Tak?

Korang tau tak komik Hardy Boys ngan Nancy Drew dah dikeluarkan dalam bentuk majalah? Tak tau? Meh kitorang nak bagitau!

Majalah Hardy Boys dah pun ada kat pasaran bulan Julai ni. Apa yang best ngan majalah Hardy Boys ni, majalah ni lebih banyak muka surat daripada edisi komik. Pastu, majalah ni ada macam-macam input tambahan. Dari muka surat pertama sampailah ke muka surat terakhir, kitorang jamin duit RM5.90 korang takkan abes ngan sia-sia!

Di muka surat awal, korang akan didedahkan ngan sejarah perkembangan Hardy Boys yang bermula pada tahun 1929. Seterusnya, korang akan dibawa masuk ke dunia Frank dan Joe Hardy bergabung tenaga mencari harta karun Timur Tengah yang hilang iaitu kalung Samudera Osyria tuk bebaskan kawan diorang, Chet Morton daripada tuduhan jenayah.

Seterusnya, korang akan dibawa menjelajah dari Syria ke Parancis bagi menghayati keindahan tempat-tempat kat sana di samping mengetahui serba sedikit info pasal tempat tu.

Pastu, korang leh ikuti cerita pasal sorang budak lelaki yang kurang cerdik yang dirasuk hantu pas menziarahi tanah perkuburan. Tetiba je dia leh berbahasa Portugal walaupun tak pernah belajar bahasa tu. Mungkin roh pemilik kubur yang tak bernama tu merasukinya dan buat dia berubah? Dapatkan jawapannya dalam majalah Hardy Boys isu pertama ni!

Sebelum pengembaraan korang berakhir, korang akan disajikan dengan info pasal drama-drama Korea yang tengah hangat ditayangkan kat stesen TV tanahair. Pastinya korang takkan ketinggalan info-info terkini tentang drama-drama terbaru kat TV!



Bagi korang yang minat novel dan komik pulak, korang bolehlah dapatkan majalah info-nomik Nancy Drew yang akan menjengah pasaran bulan Ogos ni ngan harga yang sama, format yang sama tapi isi yang berbeza yang mana kandungannya lebih fokus pada industri novel dan komik.

Sama cam Hardy Boys, korang jugak akan didedahkan ngan sejarah perkembangan Nancy Drew di awal muka surat majalah Nancy Drew isu pertama ni. Seterusnya, korang akan bersama-sama Nancy Drew dan kawan-kawannya menyiasat kesahihan raksasa yang dikatakan wujud kat Sungai Heights. Betul ke raksasa tu wujud ataupun hanya sekadar khabar angin tuk menutup perbuatan jenayah?

Pastu, korang akan dibawa mengenali jenis-jenis raksasa dalam mitos/legenda dan fiksyen dalam 'X-Pose'. Seterusnya, korang dibawa mengembara ke Jepun bersama Akagawa Jirou tuk mencari harta karun dalam 'Noberu'. Dan akhir sekali, korang berpeluang mengenali watak superhero 100% buatan Malaysia, Kecemprengman hasil cetusan kartunis Poyo dalam 'Nomik Previu N Interbiu'.


Selain tu, korang jugak berpeluang memenangi T-shirt Hardy Boys dan Nancy Drew ngan hanya mengumpulkan 4 setem berlainan daripada cover kedua-dua majalah ni serta leh join Skuad Penyiasat dan Puteri Detektif ngan hanya mendaftar kat Facebook! Jadi, apa tunggu lagi! Layari HB dan ND tuk info lanjut...

2 ulasan:

Hardy Boys berkata...

korang takkan rasa rugi beli majalah komik ni.. kepuasan dijamin!

Nancy Drew berkata...

betul, betul, betul :)