Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Jumaat, 17 Julai 2009

Nak Dating Dengan Kartunis Oka?

Korang suka cerita Oka? Korang tau sape yang cipta watak Oka? Nak kenal dia orang dengan lebih dekat?

Dekat bukan sekadar tengok dari jauh. Dekat bermaksud korang boleh berdiri sebelah dia orang, duduk satu meja, makan bersama-sama, bertepuk tampar, bersembang tentang apa je, nak ambik gambar dengan dia orang, nak mintak autograf ataupun nak cenderahati daripada Oka.


Nantikan sesi beramah mesra bersama Aliow dan Totoro dengan suasana yang lebih santai di lokasi yang lebih selesa tak lama lagi. Kalau korang nak tau perkembangan lanjut tentang event ni, rajin-rajinlah singgah sini okey?

4 ulasan:

RABUN berkata...

penunggu setia blog oka he he...

Oka berkata...

Trima kasih, Indra :)

Love eXan berkata...

nak ikut jugak

Oka berkata...

Exan, jom!