Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Rabu, 15 Disember 2010

Tujuh Hari Sahaja Lagi!

Hanya tinggal tujuh hari sahaja lagi sebelum Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010 bermula! Kawan-kawan sudah kumpul duit untuk membeli pelbagai jenis buku dan komik di sana?


Bagi kawan-kawan yang ingin mengenali kartunis Oka, Aliow dan Totoro, dengan lebih dekat, mari berkunjung ke PWTC pada 22 Disember ini yakni hari Rabu. Kartunis Clay (Kachigo) dan James Lu (Kelas Durian) akan turut berada di sana.

Tiada ulasan: