Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Isnin, 29 November 2010

Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010

Cuti sekolah masih panjang, tetapi kawan-kawan tidak tahu apa yang mahu dilakukan? Ha, apa kata kawan-kawan lapangkan jadual kawan-kawan pada 22 hingga 26 Disember ini dan datang ke PWTC untuk Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010.

Pelbagai buku yang akan dijual dan aktiviti menarik akan diadakan di sana sepanjang lima hari pesta berlangsung.

Oka akan berada di tapak pameran yang bernombor B72-75 pada pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam.




Kita jumpa di sana ya, kawan-kawan!

Tiada ulasan: