Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Selasa, 5 Oktober 2010

Pelindung Naga

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan! Bagaimana peperiksaan UPSR yang lepas? Mudah-mudahan kawan-kawan berjaya beroleh keputusan yang cemerlang hendaknya, ya. Hari ini giliran kawan-kawan kita yang berada dalam Tingkatan 3 pula berjuang di medan peperiksaan. Selamat berjaya, ya!

Kawan-kawan sudah membaca Oka #16, Kesedaran? Mahu tahu sambungannya? Kalau mahu tahu sambungannya, kawan-kawan kenalah dapatkan Oka #17, Pelindung Naga pada bulan ini. Apa yang menarik dalam isu kali ini?



Selepas Blackie dan San berdamai, Oka dan kawan-kawannya meneruskan pengembaraan mereka. Kali ini mereka akan bertemu dengan pelindung naga pula. Apa yang akan berlaku apabila Oka dan kawan-kawannya bertembung dengan pelindung naga tersebut?


Ani-Mic

Sebuah lagi filem animasi 3D hebat daripada DreamWorks Animation, Megamind! Mengapa ia dipanggil Megamind? Pasti ada sebabnya!




Stroke

Stroke kali ini agak istimewa sedikit. Mengapa? Ha, kalau kawan-kawan hendak tahu sebabnya, kenalah beli Oka.




Cita-citaku

Kawan-kawan suka merakamkan apa-apa sahaja gambar ataupun di mana-mana sahaja? Teringin hendak menjadi jurugambar profesional? Bunyinya kedengaran menyeronokkan, bukan? Tetapi kerjaya ini juga mempunyai cabaran. Mari kita berkongsi pengalaman dengan Abang Fad Manaf.

Juga miliki poster mini daripada Juice, yang dahulunya dikenali sebagai Norman. Antara karyanya ialah Juice dan Caramel Theater.


Oh, ya! Kalau kawan-kawan hendak tahu, isu ke-17 ini merupakan isu terakhir Oka untuk tahun ini. Namun begitu, kawan-kawan masih boleh menghantar lukisan kawan-kawan untuk kolum Stroke. Jadi, sehingga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan, ya. Teruskan menyokong Oka!

Tiada ulasan: