Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Isnin, 20 September 2010

Oh, Peperiksaan!

Hari ini sudah 11 Syawal. Masih ada yang belum puas beraya? Sudah, sudahlah itu. Esok kan UPSR. 5 Oktober nanti PMR dan seterusnya SPM pula pada 22 November. Bagaimana persiapan kawan-kawan? Belajar rajin-rajin tau.

Pastikan kawan-kawan berada di tempat duduk dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.

Jangan lupa membawa Sijil Kelahiran ataupun Kad Pengenalan ataupun Borang Perakuan Calon Peperiksaan ataupun Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada guru besar/pengetua.

Kawan-kawan sudah bersedia, bukan? Jadi, jawablah dengan tenang dan yakin. Sidang redaksi Oka mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid Darjah 6, pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 di seluruh Malaysia!




Oh, kalau kawan-kawan sudah penat mengulang kaji pelajaran, bacalah majalah Oka pula bagi merehatkan otak untuk seketika ya :) Selepas itu, sambung semula baca buku. Jangan tidur pula tau!

Tiada ulasan: