Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Jumaat, 9 Julai 2010

Poster Mini Oka 2011

Berita baik untuk semua warganegara Malaysia terutamanya mereka yang membaca Oka. Mulai isu tahun 2011, Oka membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk melukis poster mini majalah Oka.


Oleh Zint dalam isu ke-2




Oleh Puyuh dalam isu ke-5




Oleh Clay dalam isu ke-7




Oleh Ben dalam isu ke-9



Oleh Niezam dalam isu ke-13


Setiap poster mini Oka haruslah memaparkan karakter-karakter dalam siri Oka mengikut kreativiti anda sendiri dan berwarna (digital). Mudah, bukan?

Bagi poster mini yang terpilih, pelukisnya akan menerima hadiah misteri. Selain itu, Oka juga akan memaparkan sedikit maklumat tentang pelukisnya di bawah poster mini tersebut.

Bagi yang berminat, anda bolehlah menghantar poster mini tersebut ke e-mel Oka iaitu gp_oka@yahoo.com.

Tiada ulasan: