Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Selasa, 6 Julai 2010

Blackie Kembali

Nah, kepada korang yang bertanyakan isu Oka ke-14 pada Pesta Buku Selangor 2010 di Kompleks PKNS minggu lalu, korang bolehlah mendapatkannya di kedai 7E ataupun kedai buku online kitorang di Bookstation dengan harga RM2 sahaja.






Apa yang menarik dalam isu kali ni?


Ani-Mic mengupas tentang siri animasi popular Jepun iaitu Crayon Shin Chan.



Kita juga ada kolum khas yakni Teropong Oka yang meninjau aktiviti Oka di SK Segambut. Tengoklah gelagat adik-adik di sana bila di depan kamera. Macam-macam gaya ada.


Untuk Cita-citaku, Yuna akan memperkatakan mengenai kerjaya sebagai seorang penyanyi. Korang ingat menyanyi ni sekadar buka mulut aje ke? Bukan tu aje tau. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Nak tau? Bacalah sendiri :p




Lepas tu, dalam isu kali ni, sekali lagi Blackie kembali untuk menuntut haknya. Kenapa Blackie muncul balik? Apa lagi yang dia tak puas hati dengan San? Korang baca sendiri, ya.

Tak lupa juga poster mini daripada Niezam. iaitu ilustrator dan designer yang pernah tercalon sebagai Pelukis Komik Terbaik dalam Anugerah Pekomik 2009.

Okey, selamat membaca!

Tiada ulasan: