Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Jumaat, 19 Mac 2010

Koleksi Oka di KLIBF 2010!

Bagi korang yang tak suka baca komik nipis-nipis, nah, kini Oka tampil dengan format buku yang dipanggil Koleksi Oka. Untuk pesta buku antarabangsa kali ni, 2 jilid Oka akan diperkenalkan iaitu Tenaga Luar Biasa (jilid 1) dan Raja Ulat (jilid 2). Harga setiap satu cuma RM7.50! Koleksi komik ini akan dilancarkan pada 28 Mac pada pukul 3 petang di Dewan 2.

Oka adalah seorang budak lelaki yang mempunyai tanda bulat berwarna merah di dahinya. Dalam satu kejadian, dia menyedari tentang kuasa luar biasa yang dimilikinya. Bagi menyiasat identiti dirinya yang sebenar, Oka membuat keputusan untuk mengembara ke arah matahari terbenam untuk mencari 'Buku Magis Alam Ghaib' yang sebenarnya seorang ahli sihir perempuan tua. Maka, bermulalah pengembaraan yang mencabar bagi Oka dan kawannya, Wowo.

Dalam pengembaraan mereka, mereka bertemu dengan seorang petani tua yang terjatuh ke dalam gaung ketika mencari herba. Mereka pulang ke kampung petani tua itu dan berhadapan dengan golongan petani yang giat menggali ulat herba. Ini menyebabkan kemusnahan pada alam semula jadi dan kemarahan Raja Ulat. Apakah yang akan berlaku kepada Oka dan kawan-kawannya?


Sempena pesta buku, kalau korang beli dua-dua buku ni sekali gus, korang akan dapat satu tin minuman Coca Cola percuma (selagi stok masih ada). Selain itu, banyak lagi tawaran menarik yang menanti korang! Jadi, jangan lupa datang ke booth A18-23 (Dewan 2) dan C04-05 (Legar Putra). Kedua-dua kartunis Oka akan berada kat sana pada tarikh yang telah dinyatakan. Jumpa di sana!

2 ulasan:

Aman Wan berkata...

waahhh~!! smart! aman harap koleksi2 oka akan dibukukn mcm ni lagi. hehe. puas bile pegang komik tebal2. lagipun aman byk ter miss siri oka sbb jarang kuar dr kolej. huhu.. neway, hope oka terus maju~! nnti aman nak try hantar bagi karakter utk oka. hehehe

Oka berkata...

Yup, akan terus dibukukan! Tapi yang buku ni tak sama dengan yang majalah punya sebab majalah ada eksklusifnya sendiri.

Kami menanti lukisan Aman! :)