Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Rabu, 6 Januari 2010

Oka Kembali!

Hai, adik-adik! Macam mana cuti sekolah adik-adik yang lalu? Best kan? Mesti tak puas kan? Tapi walaupun dah masuk sekolah balik, adik-adik tetap boleh dapatkan Oka setiap bulan. Sebagai permulaan tahun baru 2010 ni, Oka kembali dengan Si Peri Pemakan Mimpi! Adik-adik ingat lagi tak apa yang jadi pada Oka dalam isu ketujuh?

Sekali lagi Oka menghadapi bahaya! Apa sebenarnya benda yang nak masuk kat dalam badan Oka? Nape budak-budak kat kampung nampak muram? Dapatkah penghuni rumah sakti menemui ahli sihir tuk dapatkan kacang ajaib dan jampi yang membolehkan rumah sakti diorang dibina semula?


Dalam isu kali ni jugak, adik-adik akan mendapat poster mini eksklusif garapan Michael Chuah yang terkenal dengan karya Flex Comic dan In & Out serta gambar-gambar Oka kat Mersing bersama pembaca kat sana :)

Tiada ulasan: