Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Rabu, 27 Januari 2010

Mari Melukis Bersama Oka!

Berita baik tuk korang yang selalu tanya nape komik Oka ni nipis sangat! Nah, mulai isu ke-11, Oka akan bertambah lapan muka surat tapi harganya tetap RM2! Ada apa ngan lapan muka surat tu? Macam-macam ada!

Antaranya kita ada ruangan tuk pembaca yang suka melukis. Korang boleh hantar lukisan korang berpandukan syarat-syarat yang dikenakan. Lukisan yang terpilih akan disiarkan dalam majalah Oka dan dapat hadiah.



Syaratnya senang je. Korang cuma perlu melukis satu karekter, namakannya dan sertakan serba sedikit info ataupun ciri-ciri mengenai watak tersebut. Misal kata, watak tu ada kuasa membekukan orang ke, memukau orang ke, menjinakkan haiwan or pape je.

Oh, ye! Jangan lupa sertakan sekali nama, alamat, nombor telefon dan e-mel korang tuk urusan penghantaran hadiah! Tiada had umur dikenakan. Semua orang pun boleh join tanpa mengira warna kulit, warna rambut, warna anak mata, pekerjaan or status mahupun populariti.

Hantarkan lukisan korang ke Lukisan Karakter Oka BM, Exact Publisher Sdn Bhd, Lot 34A, Jalan 5/32A, Mukim Batu 6 1/2, Jalan Kepong, 52000 Kuala Lumpur ataupun menerusi e-mel gp_oka@yahoo.com (sila tulis subjek 'Lukisan Karakter Oka BM').

Tiada ulasan: