Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Khamis, 29 Oktober 2009

Rumah Sakti


Korang mesti tak pernah tengok rumah yang boleh berjalan kan? Kalau nak tengok, jangan ketinggalan siri Oka! Rumah Sakti!

Kacang sakti yang dijampi oleh ahli sihir bertukar menjadi rumah yang boleh bergerak! Tapi malang apabila kulat hitam menyerang dan memakan rumah sakti lalu menyebabkan ia roboh. Ni menyebabkan penduduk kampung terpaksa berpindah dari kampung mereka... Saksikan camne Oka dan kawan-kawannya menyelesaikan masalah ni!

Turut memuatkan poster mini daripada Clay yang baru je mengeluarkan komik baru yang berjudul Kachigo.

Tiada ulasan: