Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Isnin, 19 Oktober 2009

Jom Santai Bersama Aliow dan Totoro

Kepada korang yang berada kat Melaka, Johor dan sekitarnya, jom sama-sama memeriahkan pesta buku di Kolej Yayasan Melaka (22-24 Oktober) dan SJKC Pai Chee (26-28 Oktober). Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan kat sana!

Selain jualan buku, korang jugak berpeluang berjumpa dan beramah mesra dengan Aliow dan Totoro yang akan turut berada kat sana pada 23hb dan 27hb untuk sesi autograf, kuiz dan melukis. Jangan lepaskan peluang ni! Jom!

*Clay, pelukis Kachigo pun akan berada kat sana :)

Tiada ulasan: