Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Khamis, 13 Ogos 2009

Oka: Jin Biru


Apa sebenarnya yang terjadi kat Oka? Camne peristiwa Raja Ulat mempengaruhi Oka? Apa pulak yang harus dilakukan oleh kawan-kawan Oka tuk menolongnya? Mampu ke diorang mengatasi rintangan dan cabaran yang mendatang? Jangan lupa dapatkan isu ke-4 Oka, Jin Biru kat pasaran skang! Turut memuatkan poster mini daripada Keith yang terkenal ngan siri Lawak Kampus.

Bagi sesape yang nak hadiah misteri, berilah komen dan cadangan ataupun pe je macam diorang ni:


"May be leh selitkan kelab OKA, budak2 antar gambar wat ucapan utk kawan2. Klu selitkan berkaitan tatabahasa, bidalan, pantun, cerita pendek dari penyertaan pembaca mungkin lebih meriah. Boleh gak selitkan pemainan mcm silang kata, teka-teki, pengetahuan am, utk mengerakkan minda pembaca. Oka xde buletin. So pembaca xtahu perkembangan majalah OKA, contohnya mcm OKA turun promosi kat sekolah. Setiap kali keluaran OKA cuma bagi poster je ke? Pelbagaikan la mcm bagi penanda buku, sticker or etc."
Hairul, Shah Alam

"Saya suka gaya citer dia yg simple dan rilex tapi masa saya baca awal2 citer, cerita dan watak2 sekeliling byk macam tiru komik COWA! dari akira toriyama. Karakter utama pun punyai kelebihan yang sama, saiz badan dan muka yang sama, dan kawasan tempat tinggal Oka pun cam sama dgn COWA!.. itu agak sedih sket la.. sebab nmpak cm tiru bulat2.. tp nasib pertghan citer, Oka dah lain, dah ada jalan cerita sendiri. Jadi, harap dapat teruskan Oka dan kalau boleh, bagi sesuatu yg lain dr lain. Oka mmg best!"
Aman Wan, Nilai
Kalau nak tau apa jawapan Aliow dan Totoro, korang kena la beli Oka. Cam biasa, RM2 je :)

Tiada ulasan: