Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Isnin, 15 Jun 2009

Studio Oka

Oka dah pun nak masuk isu ketiga. So, apa pendapat korang tentang majalah Oka ni? Mesti korang ada something nak bagitau kitorang kan? Kalau korang ada pape kekeliruan, pendapat, cadangan ataupun pape je yang berkaitan ngan majalah Oka ni termasuklah tentang Aliow dan Totoro, jangan segan-segan nak bagitau kitorang tau. Kitorang hargai setiap pandangan korang dan tengok apa yang leh kitorang buat untuk korang k.

Bermula Oka isu kedua, korang berpeluang memiliki satu poster mini daripada kartunis yang berlainan. So, kalau korang ada kartunis feveret yang korang minat sangat, korang leh gak bagitau kitorang. Kitorang akan cuba dapatkan kartunis tu untuk lukis poster mini bagi Oka. Nanti leh la korang jadikan poster mini koleksi korang.

Sebarang feedback, korang leh hantar melalui surat ke alamat:
Oka Studio,
Lot 34A, Jalan 5/32A,
Mukim Batu 6 1/2,
Jalan Kepong,
52000 Kuala Lumpur.


ataupun

emel: gp_oka@yahoo.com

ataupun

klik 'sapaan' kat bawah ni dan tulis la apa yang korang nak tulis tentang majalah Oka ni.

Komen yang terpilih akan menerima hadiah misteri dan akan disiarkan dalam Oka isu keempat!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

[url=http://melemicroscope.info/bausch+&+lomb+stereo+zoom+microscope+inglis/]bausch & lomb stereo zoom microscope[/url] this forum has got good design keep it up.