Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Khamis, 26 Mac 2009

Temubual Bersama Penulis

SOALAN: Apa yang buat korang bekerjasama untuk hasilkan siri ni?
JAWAPAN: Kitorang harap dengan cara ni kitorang dapat hasilkan cerita yang lebih menarik. Stail lukisan kitorang berbeza so kitorang harap kombinasi ni akan dapat menghasilkan sesuatu yang baru.

SOALAN: Jadi, apa yang berlaku?
JAWAPAN: Stail kitorang tak sama. Aliow pandai dalam bab-bab lawak, Totoro pula mahir dalam bab-bab aksi. Dua unsur ni jika digabungkan pasti dapat hasilkan komik pengembaraan fantasi yang sangat menarik.

SOALAN: Oka ni cerita tentang apa?
JAWAPAN: Oka
ni nama watak utama dalam cerita ni. Dalam suatu kemalangan, baru dia tahu yang dia ada kuasa ajaib. Neneknya kata Oka bukan manusia! So, Oka buat keputusan nak cari nenek tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk siasat identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.


~Profil Penulis~


Aliow

Lahir pada tahun 60-an
1992 Komik pertama Fantasi
diterbitkan
1993
Agent, K.L.2000
1994
Reka bentuk muka depan untuk majalah Ujang
1997 Krama
1999
Tiga Pendekar Lalok
2001
Ketua editor bagi majalah Sot Sot, Multi Security
2003
Wow Wow Security, R.G.B.
2003-2004 Punch
2007 Kelahiran Oka
2008
Oka di pentas antarabangsa


Totoro

Lahir pada tahun 70-an
1999-2001
Journey to the West I, Journey to the West II
2002
Detektif Hantu I
2003 Detektif Hantu II
2004 Taro Zero I, Taro Zero II, Begitu Indah
2007 Kelahiran
Oka
2008 Oka di pentas antarabangsa

2 ulasan:

Poyo berkata...

Nak tanya,

Bila tarikh OKA versi bahasa Melayu akan dilancarkan?

Oka berkata...

Oka akan berada di pasaran pada 16 April 2009 dan akan dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa KL April nanti :D