Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Isnin, 26 September 2011

Hi-Tech Servant

Pada suatu pagi, Yo terkejut dari tidurnya yang nyenyak oleh jeritan atuknya. Yo bertambah terkejut apabila dia ternampak hasil ciptaan terbaru atuknya yang teramat canggih sedang berdiri di depan matanya. Ia merupakan robot pembantu rumah yang sangat comel bernama Keow. Mulai saat itu, pelbagai kisah haru-biru bersama pembantu rumah ini telah berlaku.




Pada suatu malam, atuk telah menceritakan kepada Keow tentang kumpulan penjenayah yang pernah atuk sertai. Keesokan harinya, Keow telah terjumpa surat yang atuk tinggalkan dan dia mendapati atuk telah lari dari rumah. Dapatkah Keow, Yo dan Mii menguruskan penjenayah yang memburu atuk dan dapatkah mereka bertemu dengan atuk semula?


Dapatkannya di pasaran sekarang!

Tiada ulasan: