Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Isnin, 15 Ogos 2011

Bookfest @ Malaysia Kembali Lagi!



Sekali lagi Bookfest @ Malaysia yang dianjurkan oleh Popular Book Co. (M) Sdn Bhd akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula pada 27 Ogos hingga 04 September ini.

Sebanyak 614 gerai pameran dan 150 pempamer terlibat yang mana turut merangkumi syarikat penerbitan, pengedar buku dan alat tulis dari China, Hong Kong, Taiwan, United Kingdom, Kanada, Singapura dan tentu sekali Malaysia.

Pada Bookfest kali yang ke-6 ini dijangkakan terdapat lebih daripada sejuta judul dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Cina termasuk buku yang baru diterbitkan selain persembahan pentas dan sesi autograf daripada penulis tempatan dan antarabangsa.

Jadi, jangan lupa temui kami di gerai bernombor 4C07-4C16 untuk mendapatkan buku-buku kami dengan harga istimewa ya.

Tiada ulasan: