Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Sabtu, 1 Januari 2011

Ulang Tahun ke-4 Oka

Diam tidak diam, kita sudah pun melangkah ke tahun baharu yakni tahun 2011. Bagaimana permulaan tahun baharu kawan-kawan? Diharapkan semuanya baik-baik sahaja, ya. Bercerita tentang tahun baharu, sebenarnya hari ini juga merupakan hari ulang tahun komik Oka yang keempat.

Kalau kawan-kawan hendak tahu, komik Oka mula diterbitkan pada 1 Januari 2007 tetapi menggunakan bahasa Mandarin. Kemudian, komik Oka juga telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris tetapi sehingga isu ke-10 sahaja.


Isu pertama Oka versi bahasa Mandarin dan bahasa Melayu.

Pada bulan April 2009, komik Oka versi bahasa Melayu pula diterbitkan dan sekali gus dilancarkan pada 25 April 2009 yakni sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Meskipun komik Oka masih baharu, sidang redaksi Oka sangat berbesar hati apabila komik Oka turut dicalonkan dalam Anugerah Pekomik 2009 untuk kategori Komik Terbaik.

Majlis Pelancaran Oka di Anugerah Pekomik 2009.


Kini, selepas hampir empat tahun bernafas, majalah komik Oka semakin dikenali dan diterima oleh pembaca dan penggemar komik tempatan tanpa mengira usia. Justeru, sidang redaksi Oka akan terus berusaha bagi memberikan yang terbaik untuk para pembaca Oka. Terima kasih atas sokongan semua dan teruskan menyokong Oka.

Oh, ya! Selamat ulang tahun juga kepada kawan-kawan yang menyambut hari ulang tahun pada hari ini :)

Tiada ulasan: