Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Rabu, 9 Jun 2010

Menentang Penunggu Laut

Akhirnya, watak penunggu laut dah pun muncul. Macam mana rupanya? Adakah secantik suaranya yang merdu? Siapa penunggu laut ni sebenarnya?




Bagi yang merindui watak Kaito Kid, Ani-Mic yang menampilkan filem anime ke-14 Detective Conan pasti dapat mengubati rindu korang.

Buat sesiapa yang bercita-cita hendak menjadi editor, jom kita berkongsi ilmu dan pengalaman daripada Ayour yang dah hampir 10 tahun jadi editor.

Di Sebalik Tabir menyingkap macam mana karakter penunggu laut terhasil.

Kitorang juga masih menantikan lukisan korang dalam Stroke. Penyertaan ni tak ada had tempoh masa dan tak ada tarikh tutup!

Turut memuatkan poster mini daripada kartunis Black Jellyfish.

Jadi, jangan lupa dapatkan Oka #13 di pasaran sekarang! Harga tetap RM2. Dan rebutlah peluang bertemu dengan Aliow dan Totoro di Read Malaysia 2010 seperti yang diuar-uarkan dalam entri sebelum ni :)

Tiada ulasan: