Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Jumaat, 16 April 2010

Manga Thai

Okey, kitorang dapat tau ada yang kata Oka #11 belum ada kat kedai 7E. Mungkin stok akan sampai lambat sikit. So, sambil tunggu komik Oka tu, apa kata korang layan manga garapan Kanda Wangdee dari Thai ni. Cerita pasal sorang gadis comel yang bernama Foam. Tajuk je bahasa Inggeris tapi isi dalam dah diterjemah ke bahasa Melayu, okey?

Cinta... bagi sesetengah orang, cinta adalah suatu perkara yang mudah, tapi baginya... bukan begitu. Foam, gadis muda yang mengharapkan cinta sejati daripada seorang jejaka. Pencarian demi pencarian... pertemuan... dan perpisahan yang telah berlaku entah kali ke berapa... Namun begitu, dia masih tabah dan berusaha meneruskan pencarian cinta sejatinya itu.

Kemelut cinta... Kisah percintaan yang tidak diketahui di mana titik noktahnya... Foam berada dalam dilema sama ada cinta kali ini ialah cinta sejati ataupun hanya khayalan semata.

Komik ni bukan berkisahkan percintaan antara uda dan dara, romeo dan juliet ataupun adam dan hawa je tapi jugak mengisahkan kasih sayang keluarga dan kepentingan pelajaran pada generasi muda. Harga setiap satu cuma RM5.50 je dan mempunyai 160 muka surat. Korang boleh beli komik ni kat Bookstation. Enjoy!

Tiada ulasan: