Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Khamis, 1 April 2010

Evolusi Oka

Macam yang dah kitorang uar-uarkan sebelum ni, mulai isu ke-11, Oka akan bertambah 8 muka surat! Amacam? Puas hati?

Apa yang ada dalam 8 muka surat tu? Antaranya kita ada Ani-Mic, khas untuk menceritakan tentang anime and comic. Untuk isu ke-11 ni, kitorang sajikan anime ke-10 One Piece iaitu Strong World.

Pastu, kita ada komik Oka, Legenda Penunggu Laut. Nak tau camne rupa penunggu laut ni? Dengar kata, suaranya merdu dan mampu memukau semua orang yang mendengar. Adakah wajahnya jugak secantik suaranya?

Kemudian, kita ada Jom Main. Kalau dulu peraduan ni cuma sekerat muka surat tapi skang kita khaskan satu muka surat hanya untuk peraduan ni. Kalau korang nak hadiah, rajin-rajinlah hantar penyertaan ek.

Muka surat seterusnya pulak, kita ada Di Sebalik Tabir. Ruangan yang akan mendedahkan camne Aliow dan Totoro dapat ilham untuk create cerita Oka.

Stroke pulak kolum khas untuk korang tunjukkan skill melukis korang. Caranya senang je. Korang cuma perlu lukis satu karakter berserta butirannya sekali macam nama, perwatakan, kuasa luar biasa dan sebagainya. Kemudian, Aliow dan Totoro akan komen. Kalau sesuai, diorang akan gunakan watak korang tu untuk dimasukkan dalam cerita Oka.

Dan akhir sekali, Cita-citaku yang akan mendekatkan korang dengan sesuatu kerjaya melalui interviu dengan individu yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Individu pertama yang merasmikan kolum ni ialah penulis novel remaja terkenal masa skang yakni Ain Maisarah. Kalau korang nak tau rahsia Ain Maisarah menulis beribu-ribu perkataan, jangan lupa dapatkan Oka isu ke-11 bulan ni.

Tak lupa jugak, kita ada poster mini hasil garapan Baba Chuah. Jadi, jangan lupa dapatkan Oka isu ke-11, okey?!

Tiada ulasan: