Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Selasa, 8 September 2009

Oka Nak Balik Kampung!


Nape tetiba Oka nak balik kampung? Oka dah give up nak teruskan misinya tuk cari identitinya ke? Mungkin dia rindu kat nenek ataupun mungkin jugak dia rindukan masakan nenek yang setaraf masakan chef hotel 5 bintang tu! Lagipun, raya pun dah dekat kan? Mestilah dia nak beraya ngan nenek. Nak mintak maaf ngan nenek dan nak kumpul duit raya ngan kengkawannya kat sekeliling kampung. Puyuh pun ada kat kampung Oka! Tak caya? Belilah Oka#5! :)

Tiada ulasan: