Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Selasa, 28 April 2009

Terima Kasih Daun Keladi

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 sudah pun berakhir pada hari Ahad yang lepas. Terima kasih kepada semua yang sudi mengunjungi booth Oka dan membeli barangan Oka samada komik, T-shirt ataupun badge.

Tidak lupa juga kepada semua yang menghadiri Majlis Pelancaran Oka dan Anugerah Pekomik pada hari Sabtu. Walaupun Oka tak menang, sokongan korang sangat-sangat dihargai. Terima kasih kepada yang mengundi dan teruskan menyokong Oka!

Bagi yang sudah mendapatkan Oka 1: Tenaga Luar Biasa, kalau nak tahu apa jadi kat Oka selanjutnya, nantikan Oka 2: Rahsia Ahli Sihir di pasaran!

2 ulasan:

Kalamtimur berkata...

Oka 1, memang best. Jalan cerita, lukisan dan lawak mantap. Sesuai untuk dijadikan bahan tambahan perpustakaan.

oka berkata...

Trima kasih, Kalamtimur :D