Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Khamis, 2 April 2009

Tenaga Luar Biasa

Hai, saya Oka. Yang ada tanda merah di dahi itulah saya. Saya berusia 10 tahun. Saya dibesarkan oleh nenek yang selamatkan saya dari kawasan bencana masa saya dua tahun. Yang pakai baju hijau di sebelah saya tulah nenek saya. Nenek sangat sayangkan saya walaupun saya ni bukan cucu kandung dia. Yang sebelah kiri saya tu pulak ialah Wowo. Wowo adalah Putera keluarga Peri dan juga kawan baik saya. Sebelah Wowo ialah Meow Meow, hadiah daripada nenek masa saya nak pergi mengembara.


Saya bukan tak sayangkan nenek tapi saya rasa saya perlu tahu asal usul saya lepas nenek bagi tau saya yang saya ni bukan manusia sebab saya ada kuasa ajaib. Sebab itulah saya pergi mengembara bersama Wowo ke arah matahari terbenam untuk mencari 'Buku Magik Alam Ghaib'. Nenek kata 'Buku Magik' tu sebenarnya seorang ahli sihir perempuan tua. Cuma dia yang tau siapa saya.

Masa dalam perjalanan, saya jumpa San, seorang gadis pelatih magis. Tanpa sengaja, San telah mengurung Wowo dengan satu jampi yang hanya boleh dileraikan oleh Ahli Sihir Utara. Jadi, kami bertiga perlu mencarinya dengan mengembara ke arah utara.

Dalam perjalanan ke sana, kami bertemu Tata, seekor jin memerang. Saya mahu menolong Tata tapi ditentang keras oleh San kerana bimbang ia akan melambatkan perjalanan kami... Kami juga bertemu Eggy. Macam-macam hal yang jadi. Dapatkah Wowo diselamatkan oleh Ahli Sihir Utara? Mahukah Ahli Sihir Utara membantu kami? Nanti saya cerita lagi! :D

2 ulasan:

oyen berkata...

I don't understand the language but I was blog hopping and came across yours! It seems to me like you're creating your own comics, that seems so cool! The Banner is awesome! Cute Kid!

oka berkata...

TQ, oyen! :D