Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Rabu, 15 April 2009

Anugerah Pekomik 2009

Kawan-kawan!!

OKA telah terpilih sebagai salah satu calon untuk Komik Terbaik bagi Anugerah Pekomik 2009 yang bakal diadakan pada 25 April 2009 di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Pemenang kategori ini akan dinilai melalui 2 cara iaitu:
1. 50% melalui undian
2. 50% melalui keputusan juri

Juri-juri terdiri daripada:
1. Dato' Mohd Nor Khalid
2. Prof Madya Dr Muliyadi Mahmood
3. Jaafar Taib
4. Hafidz Mahpar

Penilaian untuk semua kategori berdasarkan ciri-ciri kategori tersebut, ciri unik dan nilai tersendiri yang boleh mewakili Malaysia ke pentas antarabangsa.

Untuk mengundi, sila layari laman web ini

Tiada ulasan: