Selepas dua kali Anugerah Pekomik diadakan di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Anugerah Pekomik pada tahun ini akan berlangsung secara 'solo' di Perpustakaan Negara Malaysia.
Selain Anugerah Pekomik, berbagai-bagai aktiviti menarik telah disusun khusus untuk para pengunjung terutamanya pencinta komik tempatan selama sebulan dan dikenali sebagai Bulan Komik Malaysia. Antaranya ialah pameran komik, forum, demonstrasi, jualan dan promosi komik serta banyak lagi.
Untuk jadual aktiviti, klik di sini
Jadi, marilah kita beramai-ramai menyokong usaha Persatuan Penggiat Komik Malaysia ini bagi menyemarakkan industri komik Malaysia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan